Dear Awak | Terima kasih sebab pernah hadir dan pernah menjadi sumber inspirasi buat diri ini. Awak tak kan pernah luput dari ingatan saya untuk selamanya. Awak banyak mengajar saya erti kehidupan ini. Segala nasihat awak, sangat berguna untuk saya. InshaAllah, saya akan ingat nasihat-nasihat itu semua. Awak yang terbaik untuk saya, tapi saya tahu Allah dah menyediakan yang lagi baik buat saya. Walau kita sudah jauh terpisah, ada sesuatu dari saya yang akan sentiasa bersama awak, iaitu DOA SAYA.
KEHILANGAN ORANG YANG AMAT DISAYANGI MAMPU MEMBUATKAN SESEORANG ITU MENJADI LEBIH MATANG DALAM MENGHADAPI DUGAAN HIDUP YANG SEBENAR.....
aQu kawayie
- Unknown
Saturday, June 29, 2013
Inspirasi Hati
Posted by Unknown at 5:20 AM 1 comments
Friday, June 28, 2013
Bila Hati Dah Sayang
Semakin kita SAYANG seseorang itu, ALLAH akan menguji kita dengan pelbagai DUGAAN untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran kita..
Posted by Unknown at 1:34 AM 0 comments
Bersabarlah Duhai Hati
Posted by Unknown at 1:24 AM 0 comments
Putus Cinta Pasti Ada Hikmahnya
Posted by Unknown at 1:18 AM 0 comments
Setia Saat Jauh Di Mata.
Bercinta dan Setia saat berada jauh dari mata, bukan sesuatu perkara yang mudah. Tapi kerana sayang, masing-masing akan mencuba sedaya upaya, supaya tiada hati yang terluka. Bila dah jauh, haruslah saling percaya. Bersangka baik juga kunci sesebuah hubungan.
Walau jauh di mata, bak kata orang dekat di hati, kan.? Yang jauh terasa dekat, dengan adanya kuasa teknologi yang serba canggih ini. Tapi jangan pula di salahgunakan.
Di saat dia jauh, biarlah doa yang menyatu dan mendekatkan. Doa itu kan penghubung terbaik antara kita. Usah risau, jika dia benar milikmu, pasti akan menjadi milikmu jua. Walau jauh terpisah, dia pasti akan kembali juga.
Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kamu setia, sejauh mana kamu bercinta, kalau dia bukan tercipta untukmu, pasti kamu tidak akan bertemu. Tetapi jika dia memang jodoh kamu, sejauh mana dia pergi, dengan izin Allah, pasti dia akan kembali.! ;)
Posted by Unknown at 1:13 AM 0 comments
Wednesday, June 26, 2013
SEANDAINYA LELAKI ITU TAHU
Andainya lelaki tahu...
dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk
di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,
Andainya lelaki tahu...
rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,
Andainya lelaki tahu......
di sebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati
nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang
penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,
Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa
bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya
sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2...
Posted by Unknown at 1:20 AM 0 comments
MENCARI KEBAHAGIAAN
Posted by Unknown at 1:13 AM 1 comments
Sunday, June 23, 2013
hikmah ujian

Posted by Unknown at 11:25 PM 0 comments
Thursday, June 20, 2013
rindu setengah mati - judika
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana
masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu bertemu saat
Kau milik yang lain
Bukan takdirku
Terus terang
Aku merindukanmu
Setengah mati merindu
Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu
Tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu
Terlalu banyak berkelana
Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang
Posted by Unknown at 5:25 AM 0 comments
Wednesday, June 19, 2013
Tuesday, June 18, 2013
malam yang sunyi...
assalammualaikum.... selamat malam dan selamat pagi hehehe... ^^
sunyi la malam nih.. nak wat keja PENYAKIT MALAIH plak datang.. adoiiii... baju dok bertimbun-II
nak kata BORING keja pown banyak... asyik dok pikiaq masalah ja nih...
de kawan tapi cam pe g.. x membantu langsung... cam 2 ke kawan.. bila kita senang mula la nak baik, bodek suma ada.. bila kita susah buang cam 2 je... LAST aku kawan ngan ang.. aku xmo da.. SERIK KOT WEYH... kalau ang 2 jenis xde perasaan xtaw la aku nak cakap pa.....
kawan nak minx tolong pown susah... macam2 alasan.. tah la kawan oiii... arini ari kau sok ari aku.. bila kau da susah jangan plak nak terhegeh-II NAK MNX TOLONG aku ye kawan yang kenang budi...
sekian....
Posted by Unknown at 10:54 AM 0 comments
Saturday, June 15, 2013
KATA KATA HIKMAH ISLAM
Kata-kata hikmah ini adalah koleksi mutiara kata dan kata-kata indah pujangga dan tokoh Islam sebagai nasihat.
Setiap amal bergantung pada niat. Niat dan tujuan orang beriman lebih baik dan bernilai pada pandangan Allah daripada amalannya. Niat orang yang tidak beriman lebih buruk daripada apa yang nyata dengan amalannya. – Nabi SAW
Lisan yang didorong dan dikendalikan oleh kekuatan iman akan menghasilkan mutiara-mutiara kata yang elok didengar dan memancarkan kebenaran.
Imam Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta”
Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Rebutlah peluang lima sebelum lima:Masa muda sebelum tiba masa tua. Masa sihat sebelum tiba masa sakit. Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa kaya sebelum tiba masa papa. Dan masa hidup sebelum tiba masa mati.”
Madu adalah penyembuh untuk penyakit dan Al-Quran adalah penyembuh bagi penyakit dalam hati, maka hendaklah kamu berubat dengan madu dan Al-Quran.
Setiap orang itu lemah apabila ia menyerang kerana beliau hanya mempunyai satu tangan untuk mempertahankan diri dan satu lagi digunakan untuk menyerang.
Menghairankan sekali,orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.
Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa
seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.
Yang selalu membunuh kebijaksanaan seseorang ialah tamaknya
– Sayidina Ali.
Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan .
Kata al-Imam As-Syafi’i, “Mencari ilmu itu lebih utama daripada mengerjakan sunnah.”
Jika kita bandingkan hidup yang singkat di dunia ini dengan hidup yang abadi di alam akhirat, maka hidup ini adalah mimpi belaka
Rasullullah SAW bersabda;” Orang yang cerdas adalah orang yang selalu memikirkan dan mempersiapkan kematian”.
Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa, kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tak mungkin terbalas.
Gembira dan bahagia tika menyabit padi kiranya ianya ditanam sendiri. Begitu juga jiwa manusia itu bukan tumbuh kerana upah tetapi kerana kerja yang patut mendapat upah.
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.
Nabi SAW bersabda,”Jagalah dirimu daripada api neraka.. Meskipun dengan sedekah separuh daripada sebiji kurma. Jika tidak dapat,maka sepatah kata yang baik.”
Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sbagai sindiran
kepadanya sebab itu tidak diterimanya.
Posted by Unknown at 9:16 AM 0 comments