BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

aQu kawayie

Friday, June 28, 2013

Putus Cinta Pasti Ada Hikmahnya




Putus cinta pasti ada hikmahnya walaupun perkara itu amat memeritkan bagi mereka yang sedang hangat bercinta. Sudah dikatakan, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Kalau dia bukan jodoh kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Berterima kasihlah kepadanya, kerana dia juga pernah membuat dirimu bahagia. Apa yang sudah berlaku, jadikan sebagai kenangan dan pengalaman.

Tidak sangka kan.? 
Kita berkenalan, kita berkawan, kita berhubung
mengeratkan ukhwah dan kasih sayang.

Tapi kemudian, kita makin menjauh, kita tidak lagi berhubung, 
dan akhirnya kita tidak lagi berkawan.


Tidak sangka kan.?
Kita sekarang seolah-olah dua manusia 
yang tidak pernah kenal antara satu sama lain.
Ya, pelik rasanya berlagak biasa.
Ya, kelakar rasanya berpura-pura seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.


Tidak sangka kan.?
Mudah untuk melupakan semuanya.
Tapi siapa sangka, mungkin ada hikmahnya juga. :)

#Bersyukurlah kepada orang yang menyakitimu kerana dialah yang menabahkan hatimu. Dan terima kasih kepada "kamu" yang memberikan hati baru buat diri ini.! Mari menjadi insan yang paling bahagia hari ini dengan rahmat dari-Nya. 
Tetapkan hatimu, teruskan langkahmu. Bahagia sedang menantimu.

0 comments: