BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

aQu kawayie

Wednesday, June 26, 2013

SEANDAINYA LELAKI ITU TAHU



Andainya lelaki tahu... 
dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk 
di sayangi, 
ada rasa untuk di beri perhatian, 
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya, 
ada waktu2 minta di temani kesedihannya, 

Andainya lelaki tahu... 
rajuk seorang perempuan minta di pujuk, 
Marah seorang perempuan perlu di dekati, 
Sedih seorang perempuan perlu di dengari, 
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi, 

Andainya lelaki tahu...... 
di sebalik seribu satu rasa itu ada sekeping hati 
nan lembut, 
Bukan untuk di manjai, 
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang 
penuh, 
Hanya perlu sedikit perhatian, 
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh, 

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa 
bertanya 
Pada diri seorang perempuan, 
Wujudkah cinta itu di hati lelaki, 
Bila saat jauh tanpa perkhabaran 
Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya 
sekarang, 
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini, 

Cintailah seseorang itu kerana hatinya, 
Bukan paras rupa semata2...

0 comments: